Blizzard hari ini mempertontonkan animasi pendek khas yang memfokuskan watak D.Va.
Melaluinya, mereka memperlihatkan watak asal Hana Song dan bagaimana beliau terlibat sebagai seorang pemain professional e-sukan menjadi seorang juru terbang Meka. Bagi anda yang berminat dengan watak D.Va, anda boleh menonton video animasi pendek berdurasikan 7 minit tersebut di atas.
Menariknya, melalui video tersebut, Blizzard juga mempertontonkan sebahagian watak eskpressi dan kelakuan D.Va yang mana sebelum ini dipernah dipertontonkan.
Selain itu, Blizzard juga mengumumkan peta kawasan baru yang bakal tiba buat permainan tersebut iaitu Busan, dimana pemain berupaya untuk bertempur di kawasan daripada negara Korea tersebut bersempena dengan pelancaran animasi pendek D.Va yang mana juga merupakan warganegara Korea.
Overwatch merupakan permainan pertempuran arena yang memfokuskan multi-pemain. Ianya telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.


