Candy Crush Saga merupakan permua tekaria yang dikeluarkan oleh King. Ia menjadi kegilaan ramai walaupun sudah dikeluarkan pada tahun 2012 lagi. Berdasarkan laporan oleh Sensor Tower, permua tersebut mencatat pendapatan sebanyak $930 juta (~RM3.8 bilion) untuk bulan bermula Ogos 2017 sehingga Julai 2018.

Tambah laporan tersebut, jumlah ini merupakan pendapatan tertinggi untuk 12 bulan bagi permua ini sejak dikeluarkan. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 34% berbanding purata pendapatan sebelum ini.

Jika mengikut bulan, ia mencatat pendapatan tertinggi pada bulan Disember 2017 dengan pendapatan sebanyak $86 juta (~RM352 juta). Selain Android dan iOS, Candy Crush Saga turut dikeluarkan untuk peranti Windows.

Sohor Kini