Capcom hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo percuma buat permainan Monster Hunter Generations Ultimate melalui Nintendo eShop hari ini.
Master all 6 Hunting Styles and all new Prowler abilities on August 16 with the free #MHGU demo! pic.twitter.com/5NdFLSbYoF
— Monster Hunter (@monsterhunter) August 15, 2018
Melalui demo tersebut, pemain berupaya untuk memburu raksasa Great Maccao, Barioth dan Valstrax. Menariknya juga, sesi percubaan demo tersebut boleh dimainkan secara solo dan juga secara multi-pemain secara atas-talian.
Jadi bagi anda yang berminat untuk mencuba Monster Hunter Generations Ultimate dahulu sebelum membelinya, anda boleh berbuat demikian hari ini. Namun, memandangkan kawasan masa di Amerika Syarikat sedikit lambat, demo tersebut mungkin akan tiba lewat hari ini ataupun keesokkan harinya. Seperti biasa, setelah ianya dilancarkan, kami akan mengemaskini dengan pautan untuk muat-turun demo tersebut.
Monster Hunter Generations Ultimate merupakan versi lengkap Monster Hunter Generations yang dilancarkan di konsol mudah-alih Nintendo 3DS sebelum ini. Ianya bakal tiba pada 28 Ogos ini khas di konsol Switch.