Fortnite versi Android adalah permua pertempuran battle dari Epic Games yang dinantikan ramai. Ia mula dilancarkan secara akses awal untuk Samsung Galaxy Note 9 dan peranti Samsung lain. Akhirnya selepas beberapa hari penantian – ia hadir ke peranti Android lain secara berperingkat bermula hari ini.

Selepas Epic Games mulakan pendaftaran pada minggu lepas – kini pengguna Android lain tidak perlu cemburu dengan pengguna Samsung dan juga iPhone kerana bermula hari ini anda sudah boleh bermain Fortnite pada peranti Android anda.
Saya mula daftar pada minggu lepas, dan hari ini – saya sudah mendapat emel dari Epic Games untuk bermain Fortnite pada OnePlus 6 saya. Bagi anda yang belum daftar – semak senarai peranti di laman Epic Games dan jika peranti anda tersenarai anda boleh daftar dan tunggu emel cara pemasangan dari mereka.
Hey Android owners! We're excited to open up the #FortniteAndroid Beta to more devices starting… TODAY!
— Fortnite (@FortniteGame) August 13, 2018
Check your email as the first wave of invites have started to go out. Not signed up yet? Head to our website for more info: https://t.co/AvolyySFZ1 pic.twitter.com/DuW5yzpcqd
[info] Daftar Minat: Fortnite untuk Android di laman Epic Games [/info]


