Skip to main content

Xbox adalah konsol daripada Microsoft. Konsol Xbox yang kini popular adalah dari siri Xbox One iaitu – Xbox One S dan Xbox One X. Terbaru dari Microsoft adalah alat kawalan edisi khas – Phantom Black.

Alat kawalan edisi khas Phantom Black ini menggunakan rekaan yang kini sedang tular iaitu lutsinar. Tema warnanya adalah hitam dan rekaan lutsinar ini menampakkan komponen dalam alat kawalan.

Kini nampaknya Microsoft seakan tercabar dengan Sony selepas mereka lancarkan PlayStation 4 Pro edisi 500 Juta yang menggunakan tema warna biru dan rekaan lutsinar. Microsoft sudah pun mulakan pra-tempah hari ini. Ia dijual pada harga $69.99 (~RM287) sahaja. Ia hanya dijual di Amerika Syarikat buat masa ini.

Alat kawalan Xbox untuk pada siapa yang tidak tahu – ia turut boleh digunakan pada komputer atau laptop. Jika anda ingin dapatkannya, anda mungkin boleh tunggu pekedai-pekedai di Malaysia membawa masuk.

Leave a Reply