Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan Playstation 4 Pro edisi terhad khas sempena hasil jualan keseluruhan konsol Playstation melebih 525.3 juta unit.

Hasil jualan tersebut termasuk hasil jualan kesemua konsol Playstation dari Playstation 1 yang dilancarkan pada tahun 1994 lepas sehinggalah konsol Playstation 4 yang mana baru baru ini terjual melebihi 80 juta unit.

Melaluinya, Sony akan melancarkan edisi Playstation 4 Pro edisi 500 juta dengan secara khas yang hanya terhad kepada 50,000 unit sahaja di seluruh dunia. Menariknya juga, konsol edisi terhad tersebut akan menyertakan cakera keras bersaiz 2TB dan mempunyai rekaan lutsinar biru gelap.

Edisi terhad Playstation 4 Pro ini akan dijual dengan harga RM2,149 bermula 24 Ogos ini. Ianya akan disertakan konsol tersebut, alat kawalan Dualshock 4, PS Camera, tapak konsol dan fon telinga mono yang mana kesemua mempunyai rekaan khas ‘500 juta’ tersebut.

Sony juga menyatakan bahawa alat kawalan Dualshock 4 tersebut juga akan dijual secara berasingan yang mana ianya juga akan mempunyai rekaan lutsinar seperti konsol Playstation 4 Pro tersebut. Ianya akan dijual dengan harga RM259 juga pada 24 Ogos ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan konsol Playstation 4 Pro edisi terhad ini yang mana ianya terhad kepada 50,000 unit sahaja.

Sohor Kini