Activision hari ini akhirnya mengumumkan tarikh beta tertutup bagi mod pertempuran royale, Blackout buat permainan Call Of Duty: Black Ops 4 iaitu pada 10 September ini.

Melalui akaun rasmi Twitter Call Of Duty, seperti beta tertutup sebelum ini, pengguna Playstation 4 bakal mendapat akses lebih awal. Namun, buat masa ini, Activision tidak berkongsi lagi sebarang informasi lanjut termasuklah tarikh buat beta bagi pengguna Xbox One dan PC.

Melalui kenyataan Twitter mereka juga, Activision memperlihatkan mod yang bakal tiba buat mod tersebut dimana seperti permainan pertempuran Royale lain, pemain diberi pilihan untuk bermain secara solo, berdua ataupun berkumpulan seramai empat pemain.

Mereka juga tidak berkongsi sebarang informasi berkenaan mod Blackout tersebut, dimana sebelum ini terdapat ura-ura bahawa permainan tersebut hanya menyokong 60 pemain sahaja. Walaubagaimana pun, sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman dari Activision kelak.

Call Of Duty: Black Ops 4 merupakan siri seterusnya untuk Call Of Duty bagi tahun ini. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan penembak pandang pertama dan kali ini, Call Of Duty: Black Ops 4 tidak mempunyai sebarang mod penceritaan solo dimana ianya akan memfokuskan bentuk multi-pemain. Call Of Duty: Black Ops 4 dirancang untuk dilancarkan pada 12 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini