Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Mod Pertempuran Royale Blackout Untuk Call Of Duty: Black Ops 4 Hanya Menyokong 60 Pemain
PC

(Ura-Ura) Mod Pertempuran Royale Blackout Untuk Call Of Duty: Black Ops 4 Hanya Menyokong 60 Pemain

Diterbitkan pada July 16, 2018 oleh .

Activision sebelum ini mengumumkan permainan Call Of Duty: Black Ops 4 yang mana ia akan menyertakan mod pertempuran Royale, Blackout seperti permainan-permainan pertempuran royale lain.

Kini menurut laporan Playstation Lifestyle, tampaknya mod tersebut akan hanya menyokong 60 pemain sahaja, tidak seperti permainan-permainan pertempuran royale lain seperti Fortnite dan PUBG yang menyokong sehingga 100 pemain.

Namun, laporan ini sememangnya masih lagi sebuah ura-ura dan belum disahkan oleh pihak Treyarch mahupun Activision. Laporan ini juga adalah berdasarkan paparan skrin permainan dan pada masa akan datang pihak pembangun mungkin juga akan mengubahnya.

Baru-baru ini, Activision juga mengumumkan beta tertutup buat permainan tersebut bagi mereka yang membuat pra-tempahan. Namun bagi beta tertutup buat mod Blackout akan tiba pada September ini.

Call Of Duty: Black Ops 4 merupakan siri seterusnya untuk Call Of Duty bagi tahun ini. Permainan ini memfokuskan bentuk permainan penembak pandang pertama dan kali ini, Call Of Duty: Black Ops 4 tidak mempunyai sebarang mod penceritaan solo dimana ianya akan memfokuskan bentuk multi-pemain. Call Of Duty: Black Ops 4 dirancang untuk dilancarkan pada 12 Oktober ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN