Skip to main content

Monster Hunter: World merupakan antara permainan yang paling berjaya dalam sejarah Capcom. Pada Mei lepas, kami melaporkan yang permainan ini sudah terjual sebanyak 8 juta unit secara global.

Berdasarkan data yang disediakan oleh SteamSpy, Monster Hunter: World versi PC yang baru sahaja dikeluarkan pada 10 Ogos lepas telah mencecah 2 juta unit jualan.

Dengan mencampurkan jumlah jualan yang diumumkan secara rasmi oleh Capcom Mei lepas, boleh dikatakan jumlah jualan Monster Hunter: World sudah mencecah sekurang-kurangnya 10 juta unit.

Capcom yang merancang untuk terus menyediakan pelbagai penambahan kandungan bagi permainan ini secara percuma sudah semestinya menjadikan pemain lebih berminat untuk mencubanya.

Walaupun ini merupakan sekadar anggaran, tetapi kami tidak terkejut jika jumlah sebenar adalah lebih tinggi kerana setakat ini Capcom tidak berkongsi jumlah terbaru permainan tersebut terjual untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Leave a Reply