Permainan terakhir Dishonored dikeluarkan pada September tahun lepas iaitu Dishonored: Death of the Outsider. Selepas itu tiada perkembangan baharu yang dikongsikan.
Ketua Pereka Arkane Studios Ricardo Bare melalui temubual bersama VG247 mengatakan beliau tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku di masa hadapan, namun buat masa ini siri Dishonored ‘direhatkan’.
Walaupun mungkin tidak akan ada permainan terbaru Dishonored tetapi beliau mengatakan bentuk permainan Dishonored akan diterap di dalam permainan mereka yang lain.
Ini adalah satu berita yang tidak untuk kami dan juga peminat siri permainan Dishonored. Namun, pada masa sama kami juga tidak terkejut. Ini disebabkan Dishonored 2 dan juga Dishonored: Death of the Outside tidak terjual dengan baik walaupun menerima penerimaan yang baik.


