Gris merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Nomada Studio dan akan diterbitkan oleh Devolver Digital pada Disember 2018 untuk Switch dan juga PC.

Melalui permainan ini akan bermain sebagai Gris iaitu seorang perempuan yang mengembara di dalam dunia beliau sendiri dan terpaksa menghadapi pengalaman pahit.

Di dalam permainan ini, bentuk permainan tidak akan mempunyai sebarang kesusahan ataupun kematian yang akan menyakitkan hati. Sebaliknya, akan lebih memfokuskan kepada pengembaraan pemain. Selain itu, terdapat juga tekaria ringkas, platformer dan pelbagai cabaran.

Berdasarkan trailer pengumuman yang dikongsikan, kami sangat tertarik dengan rekaan grafik dan visual permainan ini. Kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya.

Leave a Reply