Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Perlumbaan V-Rally 4 Akan Dilancarkan September Ini

Permainan Perlumbaan V-Rally 4 Akan Dilancarkan September Ini

Diterbitkan pada Ogos 13, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bigben Interactive mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan V-Rally 4 pada September ini. Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 6 September buat versi konsol Playstation 4 dan Xbox One. Manakala versi PC pula, ianya akan tiba 25 September kelak. Bagi versi Switch, mereka akan mengumumkannya kemudian.

V-Rally 4 merupakan permainan perlumbaan rali yang pertama dilancarkan sejak pelancaran V-Rally 3 2002 lepas. Kini, siri V-Rally akan kembali dengan lebih dari 50 kenderaan rali dimana pemain berupaya untuk berlumba, mengubah-suai, mengumpul dan sebagainya buat kenderaan-kenderaan tersebut termasuklah kenderaan ikonik seperti Porshe 911 Safari, Ford Mustang dan Ford Fiesta RS RX.

Dengan pelancaran permainan ini di bulan September, sudah pastinya bulan tersebut akan menjadi bulan yang sangat sibuk buat pemain-pemain di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN