Skip to main content

Team Sonic Racing merupakan permainan perlumbaan Sonic seterusnya yang mana kali ini ia memfokuskan perlumbaan secara berpasukan sekaligus pemain perlu bekerjasama bersama rakan pasukan untuk memenagi perlumbaan tersebut.

Selepas beberapa video acah dipertontonkan, akhirnya satu bentuk permainan baru kini diperlihatkan. Dalam video acah yang baru diterbitkan baru-baru ini, pemain dilihat boleh bekerjasama dengan pemain lain.

Contohnya adalah Skimboost yang membenarkan memberi pecutan kembali kepada rakan lain yang terkandas, Slingshot yang boleh memberi pecutan tambahan daripada rakan, Rival Takedown menembak pesaing dan kemudian terus pecut kehadapan, Item Box Transfer untuk memberi barang-barang atau kuasa yang dikumpul kepada rakan dan juga Team Ultimate yang membolehkan bekerjasama antara satu sama lain untuk menambah pecutan.

Permainan ini boleh dikatakan adalah satu Mario Kart dengan menggunakan watak Sonic – tetapi mempunyai lebih banyak fungsi yang lebih menyeronokkan. Walau bagaimanapun, tiada lagi tarikh pelancaran diumumkan. Sega menjadualkan tarikh pelancarannya adalah sekita Disember 2018 sehingga Mac 2019.

Pemilik konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC boleh milikinya akan datang.

Leave a Reply