Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Baru Team Sonic Racing Dipertontonkan – Bentuk Permainan Akhirnya Dipertontonkan

Trailer Baru Team Sonic Racing Dipertontonkan – Bentuk Permainan Akhirnya Dipertontonkan

Diterbitkan pada June 14, 2018 oleh .

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, SEGA akan melancarkan permainan perlumbaan kereta Sonic baru, iaitu Team Sonic Racing yang mana menurut mereka ia bakal tiba tahun ini.

Kini SEGA akhirnya mempertontonkan trailer terbaru yang memaparkan bentuk permainan dan sebilangan watak-watak yang bakal tiba buat permainan tersebut.

Melaluinya, SEGA memperlihatkan sebilangan bentuk permainan termasuklah watak-watak yang bakal tiba, litar perlumbaan dan rupa bentuk kereta bagi permainan tersebut.

Menurut SEGA, permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan secara arked, dan ianya akan menyertakan mod permainan secara solo dan juga secara multi-pemain di luar-talian dan atas-talian.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan menyertakan pelbagai mod perlumbaan yang akan disediakan seperti Grand Prix, Exhibition, Time-Trial dan Team Adventure. Permainan ini juga akan mempunyai 15 watak dari siri Sonic yang boleh dimainkan dimana ke-15 watak tersebut terbahagi kepada 3 jenis kelas yang berbeza iaitu kelajuan, teknik dan kuasa.

Team Sonic Racing dan ia bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada musim sejuk tahun ini iaitu sekitar Disember 2018 sehingga Mac 2019.


TIPS & ULASAN