Informasi Permainan Video Terkini
Team Sonic Racing Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Buat Playstation 4, Xbox One, Switch Dan PC

Team Sonic Racing Diumumkan Secara Rasmi – Bakal Tiba Buat Playstation 4, Xbox One, Switch Dan PC

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Lanjutan daripada peracahan SEGA buat permainan perlumbaan terbaru buat siri Sonic, kini SEGA akhirnya mengumumkan permainan tersebut secara rasmi, iaitu Team Sonic Racing dan ia bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Team Sonic Racing merupakan permainan perlumbaan Sonic seterusnya yang mana kali ini ia memfokuskan perlumbaan secara berpasukan sekaligus pemain perlu bekerjasama bersama rakan pasukan untuk memenagi perlumbaan tersebut.

Terdapat pelbagai mod perlumbaan yang akan disediakan seperti Grand Prix, Exhibition, Time-Trial dan Team Adventure. Menurut SEGA juga, permainan ini akan menyertakan mod multi-pemain secara atas-talian sehingga 12 pemain dan luar-talian sehingga 4 skrin pembahagian.

Permainan ini juga akan mempunyai 15 watak dari siri Sonic yang boleh dimainkan dimana ke-15 watak tersebut terbahagi kepada 3 jenis kelas yang berbeza iaitu kelajuan, teknik dan kuasa.

Namun, SEGA masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran permainan tersebut. Tetapi ia dijadualkan untuk dilancarkan pada musim sejuk tahun ini iaitu sekitar Disember 2018 sehingga Mac 2019. Seperti biasa kami akan berkongsinya setelah SEGA mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN