PUBG versi penuh iaitu 1.0 dikeluarkan secara rasmi pada 21 Disember tahun lepas, akan tetapi permainan ini masih mempunyai pelbagai masalah teknikal dan juga kelancaran.

Sudah menjadi perkara biasa, apabila PUBG mengumumkan sesuatu yang baharu, pemain akan meninggalkan komen “fix the game” disebabkan masalah-masalah yang ada di dalam permainan. Ia juga dijadikan sebagai jenaka.

PUBG Corp minggu ini mengambil komen dan jenaka tersebut dan mengeluarkan satu laman khas iaitu FIX PUBG untuk berkongsi segala penambah-baikkan yang sedang dan akan dilakukan untuk permainan PUBG. Selain memperlihatkan perancangan, mereka juga berkongsi sejarah penambah-baikkan yang sudah dilakukan.

Adanya laman ini, mungkin PUBG Corp berharap pemain tidak lagi memberi komen “fix the game”.

Laman: FIX PUBG

Sohor Kini