Skip to main content

The Liar Princess and the Blind Prince merupakan permainan pengembaraan side-scroller yang sudah dikeluarkan pada Mei lepas di Jepun untuk PlayStation 4, Vita dan Switch.

Permainan ini adalah mengenai serigala yang bertukar menjadi puteri untuk menolong seorang putera yang buta. Keunikan permainan ini adalah dari segi grafik dan juga muzik.

Minggu ini, NIS America mengumumkan yang mereka akan menerbitkan permainan tersebut untuk pasaran global dan bakal tiba pada tahun 2019. Setakat ini hanya untuk PlayStation 4 dan Switch diumumkan, tiada pengesahan untuk Vita.

Melihat trailer pengumuman di atas, kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya.

Leave a Reply