Hellblade: Senua’s Sacrifice merupakan permainan sinematik psikologi seram aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ninja Theory.  Permainan ini dilancarkan pada tahun lepas di Playstation 4 dan PC dan dikeluarkan untuk Xbox One pada April lepas.

Jun lepas, kami melaporkan yang permainan ini sudah sebanyak 1 juta unit untuk kesemua platform. Hari ini, melalui kuciran di akaun Twitter mereka mengumumkan permainan ini untuk Xbox One sudah terjual sebanyak 100 ribu unit.

Kuciran tersebut mengatakan yang mereka menderma sebanyak $50 ribu (~RM200 ribu) kepada Mental Health America bersempena kejayaan tersebut.

Selepas kejayaan permainan ini, kami sudah semestinya tidak sabar untuk menunggu permainan seterusnya dari mereka terutama mereka kini di bawah naungan Microsoft.

Sohor Kini