Pada Pokemon Go, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah sokongan untuk para pemain bersaing antara satu sama lain. Terkini, ia dilaporkan yang mana Niantic akhirnya akan menambah sokongan berkenaan, iaitu mod PvP pada permua Pokemon Go pada penghujung tahun 2018 ini.

Langkah ini sekaligus akan membuatkan para pemain lebih aktif memainkan permua berkenaan, selain menjadikan ia lebih interaktif berbanding sebelum ini.

Disamping mod PvP, Niantic juga dijangka akan menambah-baik sokongan menambah-rakan dalam permainan, selain sokongan bertukar dalam permainan.

Laporan baru ini semestinya akan digemari ramai, terutamanya pada peminat permainan Pokemon Go di seluruh dunia yang masih aktif memainkan permainan berkenaan.

Sohor Kini