Informasi Permainan Video Terkini
Musim Kedua Tekken 7 Diumumkan – Watak Negan Dari The Walking Dead Diacahkan Sebagai Watak DLC Seterusnya
PC

Musim Kedua Tekken 7 Diumumkan – Watak Negan Dari The Walking Dead Diacahkan Sebagai Watak DLC Seterusnya

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Sempena acara EVO 2018 yang berlangsung hujung minggu lepas, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan musim kedua untuk watak pernambahan DLC buat permainan perlawanan Tekken 7.

Menurut mereka, akan terdapat enam watak yang bakal tiba dimana tiga daripadanya adalah Anna Williams, Lei Wulong dan menariknya, Negan dari siri televisyen AMC The Walking Dead.

Negan merupakan watak penjahat di dalam siri televisyen The Walking Dead dimana drama tersebut memfokuskan penceritaan pertahanan hidup di dalam dunia zombi. Ini bukanlah pertama kali watak dari francais lain tiba di siri Tekken dimana sebelum ini, Noctis dari Final Fantasy XV dan Geese Howard dari siri Fatal Fury juga tiba sebagai watak DLC buat permainan tersebut.

Manakala watak Anna Williams dan Lei Wulong merupakan watak veteran Tekken sebelum ini. Jika anda mengikuti siri permainan video Tekken, Anna adalah pengawal kepada Kaguya dan adik beradik kepada pahlawan Nina Williams. Manakala, Lei – yang pada mulanya muncul dalam Tekken 2, akan kembali dengan aksi terkenal beliau – harimau, burung jenjang, macan tutul, ular dan gaya pertempuran naga.

Tetapi, apapun yang menarik adalah watak Negan ini. Jika anda peminat The Walking Dead – ini pasti menarik. Watak-watak ini akan hadir buat platform Playstation 4, Xbox One dan PC melalui pakej DLC akan datang.


TIPS & ULASAN