Pada tahun lepas, Bandai Namco dan Square-Enix mengumumkan bahawa permainan perlawanan Tekken 7 akan mendapat pernambahan watak Noctis Lucis Caelum daripada permainan Final Fantasy XV. Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran pernambahan tersebut, dimana Noctis akan tiba pada 20 Mac ini.

Noctis bakal tiba sebagai watak pernambahan DLC 3 dimana beliau akan mempunyai bentuk pertempuran berdasarkan permainan Final Fantasy XV seperti Warp Strike, Armiger dan senjata pedang yang beliau dapat daripada ayahnya iaitu Engine Blade.

Pemain berpeluang untuk menggunakan Noctis dan bertempur dengan kesemua watak-watak daripada Tekken 7 dimana beliau akan menyertai pertandingan The King of Iron Fist Tournament. Selain itu, seperti watak-watak yang lain di permainan Tekken 7, pemain juga berpeluang untuk menukar dan menambah pelbagai kostum tambahan melalui permainan tersebut.

Selain itu, Bandai Namco juga akan menyertakan kawasan Hammerhead khas dari permainan Final Fantasy XV bersama muzik latar khas di dalam permainan tersebut.

Tekken 7 adalah permainan perlawanan yang dilancarkan oleh Bandai Namco tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini