Skip to main content

Pada Mac yang lepas, Bandai Namco mengumumkan mereka bakal membawa dua DLC watak tambahan dari permainan siri yang lain ke Tekken 7. Kini, Geese Howard, watak dari siri Fatal Fury dan King Of Fighter bakal hadir sebagai watak tambahan pada permainan berkenaan tidak lama lagi.

Pengumuman watak Geese Howard ke Tekken 7 merupakan DLC kedua selepas Bandai Namco mengumumkan DLC pertama beberapa minggu lepas, iaitu mod terbaru untuk permainan Tekken 7, Ultimate Tekken Bowl dan bakal tiba sekitar Ogos ini. Ultimate Tekken Bowl adalah permainan boling mini yang membolehkan pemain menggunakan watak-watak dari Tekken 7 untuk bermain boling.

Bandai Namco juga menjanjikan mereka bakal menawarkan watak kedua sekitar 2018 kelak.. Anda boleh mendapatkan Tekken 7 sekarang di konsol PS4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply