Shaq Fu : A Legend Reborn merupakan salah satu permainan yang pada awalnya telah dilancarkan untuk platform PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC. Kini selain platform utama, ia juga telah mula ditawarkan dalam bentuk permua di Android dan iOS.

Shaq Fu: A Legend Reborn merupakan permainan aksi yang dibintangi oleh Shaquille O’Neal. Sepanjang permainan ini, pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh secara berperingkat di kawasan Hollywood.
Permua ini ditawarkan secara percuma untuk tahap pertama, tetapi pengguna perlu melakukan pembelian dalam-aplikasi untuk memainkan tahap-tahap seterusnya pada harga RM19.99.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan memainkan tahap pertama permainan ini secara percuma hari ini.
[download]Muat-Turun Shaq Fu : A Legend Reborn di Android[/download] [download]Muat-Turun Shaq Fu : A Legend Reborn di iTunes[/download]


