Skip to main content

Detroit: Become Human merupakan permainan terbaru dari Quantic Dream yang dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4 pada 25 Mei 2018.

Sebelum ini kami melaporkan yang selepas 2 minggu dikeluarkan permainan ini terjual sebanyak 1 juta unit. Minggu ini, Quantic Dream mengumumkan yang permainan tersebut telah di main oleh lebih 1.5 juta pemain dan telah mencatat lebih 20 juta jam masa bermain.

Jika anda masih tidak mencuba permainan ini, anda boleh membaca ulasan kami menggunakan pautan dibawah. Permainan ini juga sekarang sedang dijual dengan harga lebih murah bersempena Jualan Promosi Musim Panas PlayStation Store.

Ulasan Detroit: Become Human – Permainan Berjiwa Yang Ringkas

Leave a Reply