Informasi Permainan Video Terkini
Liga Super China Diumumkan Akan Menyertai FIFA 19

Liga Super China Diumumkan Akan Menyertai FIFA 19

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Pilihan liga di dalam permainan simulasi bola sepak FIFA adalah sesuatu yang menjadi kelebihan untuk mereka berbanding permainan lain terutama Pro Evolution Soccer (PES).

PES sebelum ini mempertontonkan liga bola sepak Russia melalui trailer terbaru untuk permainan tersebut, kini melalui pengumuman di acara Animation-Comic-Game Hong Kong 2018, FIFA 19 akan menyertakan Liga Super China (terima kasih, Steven Lai).

Liga Super China bukanlah satu liga yang diikuti ramai akan tetapi disebabkan beberapa kelab mempunyai kewangan yang ‘melampau’ mereka turut mempunyai pemain-pemain yang bertaraf antarabangsa seperti Paulinho, Oscar, Ramires, dan Hulk.

Liga ini akan menyertakan 16 pasukan dari liga tersebut. FIFA 19 bakal tiba buat Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 28 September ini


TIPS & ULASAN