Informasi Permainan Video Terkini
Pasukan West Mountain Tofu Menjuarai Kejohanan Splatoon 2 Malaysia Open Tournament 2018

Pasukan West Mountain Tofu Menjuarai Kejohanan Splatoon 2 Malaysia Open Tournament 2018

Diterbitkan pada Ogos 5, 2018 oleh .

Lanjutan daripada kejohanan Splatoon 2 Malaysia Open Tournament 2018 yang berlangsung hujung minggu ini, pasukan West Mountain Tofu meraih kejayaan dengan menewaskan pasukan MAWS dengan markah 3-2 ketika pusingan akhir.

Pusingan akhir kejohanan Splatoon 2 Malaysia Open Tournament 2018 bakal berlangsung hujung minggu lepas ATO Café x Store yang mana sebanyak 8 pasukan bertempur untuk meraih juara. Kejohanan tersebut dijayakan oleh ATO Smart Enterprise bersama-sama dengan Splatoon Community Malaysia.

Melaluinya, pasukan West Mountain Tofu  berjaya memenangi empat alat kawalan Switch Pro Controller Splatoon 2 sebagai juara kejohanan tersebut manakala pasukan MAWS membawa pulang Splatoon 2 Amiibo di tempat kedua.

Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat pasukan yang berjaya dan pastinya dengan berkembangnya lagi komunti pemain Splatoon di Malaysia, mungkin juga pada masa akan datang akan terdapat pelbagai lagi pertandingan dan kejohanan buat permainan keluaran Nintendo.


TIPS & ULASAN