Setelah dua minggu pusingan kelayakkan berlangsung, pusingan akhir kejohanan Splatoon 2 Malaysia Open Tournament 2018 bakal berlangsung hujung minggu ini pada 4 Ogos di ATO Café x Store di Southgate Commercial Centre, Kuala Lumpur,
Dengan kerjasama ATO Smart Enterprise dan Splatoon Community Malaysia acara tersebut akan dipertandingkan sebanyak 8 pasukan untuk berebut hadiah empat hadiah alat kawalan Splatoon 2Nintendo Switch Pro Controller buat juara dan hadiah tempat kedua pula adalah Amiibo dari siri Splatoon 2. Kesemua hadiah tersebut ditaja khas oleh ATO Online Store.
Selain itu, pihak ATO Online store juga mengadakan perjumpaan kecil khas buat pemain Splatoon 2 ketika kejohanan tersebut berlangsung dimana setiap peserta berpeluang untuk mendapat sebilangan hadiah.
Bagi anda yang ingin menonton dan menyertai perjumpaan kecil Splatoon 2 tersebut, jangan lepaskan peluang anda untuk berada di ATO Cafe pada Sabtu, 4 Ogos ini.