Take-Two Interactive adalah syarikat induk kepada Rockstar Game – iaitu pembangun untuk permainan seperti Grant Theft Auto dan Red Dead Redemption. Terkini, mereka melaporkan di mana mereka menerima sejumlah hasil pendapat dan 62% daripadanya adalah pendapatan melalui mikro-transaksi dengan jumlah $388 juta (~RM1.6B). Hasil ini adalah hanya untuk suku pertama daripada tahun fiskal 2019.

Menurut mereka lagi, hasil pendapatan ini adalah jumlah yang sering dibelanja oleh pemain secara berulangan kali di dalam permainan mereka seperti permainan Grand Theft Auto Online, Grand Theft Auto V dan NBA 2k18.

Selain itu, Take-Two Interactive juga dilaporkan mendapat hasil jumlah pendapat sebanyak $315 Juta (~RM1.3B) daripada penjualan digital – iaitu 81% daripada hasil suku pertama. Manakala, 64% hasil pada suku pertama tahun fiskal 2018.

Kami percaya menjelang Oktober ini setelah lancarnya permainan Red Dead Redemption 2, pendapatan mereka akan terus meningkat bersama-sama dengan hasil jualan permainan seperti Grand Theft Auto V dan siri permainan sukan oleh 2k.

Sohor Kini