Dengan kerjasama antara Moonton dan eGG Network, kejohanan Mobile Legends Professional League (MPL) MY/SG kini kembali dengan musim kedua dimana 10 pasukan akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul lebih dari RM400,000.

Pada bulan lepas, pusingan kelayakkan telahpun berlangsung dimana lebih dari 1000 pasukan bertempur dan enam sahaja pasukan yang berjaya mendapat tempat dan mereka akan bertempur dengan empat pasukan daripada MPL musim pertama. Berikut 10 pasukan yang akan bertempur di dalam MPL musim ini:

  • Bigetron SG
  • Flash Tyrants
  • AirAsia Saiyan
  • Mystic Burden
  • Saiyan Reborn
  • Traitor
  • Icon
  • Borneo Dragon FV
  • EVOS Esports SG
  • W.O.W

Menurut Moonton, musim ini mereka mengubah format MPL musim kedua ini dimana kali ini 10 pasukan tersebut akan bertempur sesama mereka sebanyak tiga pusingan dimana setiap markah yang dimenangi oleh sesuatu pasukan akan diberi ganjaran sebanyak RM800. Sekaligus hanya 8 pasukan sahaja yang akan terpilih untuk ke pusingan akhir yang bakal berlangsung Oktober ini.

Bagi anda yang ingin menonton siaran langsung kejohanan tersebut, anda boleh berbuat demikian di saluran eGG Network ataupun laman rasmi Facebook Mobile Legends bermula 10 Ogos ini sehinggalah 23 September ini.

Selain itu, Lucas Mao, Pengurus Operasi dari Moonton juga mengumumkan sebilangan lagi kejohanan yang bakal mereka adakan iaitu MPL Annual League, MLBB Diamond Challenge Series (MDC) dan MLBB College League (MCL). Untuk informasi lanjut berkenaan kejohanan tersebut, mereka akan mengumumkannya kemudian.

CK Lee, pengarah sukan dari Astro juga menyatakan bahawa mereka akan memastikan kejohanan ini bukan sahaja tingkatkan lagi arena e-sukan di Malaysia malah diberi iktiraf buat pemain, penonton dan juga penaja pasukan.

Pihak Moonton juga menyatakan bahawa mereka berbangga dengan sokongan peminat sepanjang MPL musim pertama April lepas dan mereka percaya sepanjang kejohanan MPL musim kedua ini akan lebih banyak peminat yang akan menyokong dan menonton acara tersebut buat seluruh rantau.

Selain daripada kejohanan tersebut, Moonton juga mengadakan pertandingan kreatif yang berlangsung khas buat peminat sempena kejohanan MPL tersebut dimana peminat berupaya untuk berkongsi kreativiti mereka dan berpeluang untuk menangi sebilangan hadiah. Tambahan juga, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Astro juga akan mengadakan siri web khas berkaitan permainan Mobile Legends yang akan ditayangkan kelak.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyokong pasukan pilihan anda bermula 10 Ogos ini khas buat kejohanan Mobile Legends MPL musim kedua.

Sohor Kini