Mobile Legends boleh dikatakan merupakan salah satu permua yang popular dikalangan pengguna tempatan. Terkini, Astro dilihat ingin hadir dengan sebuah siri web berkaitan dengan permua berkenaan.
Melalui iklan yang telah mula dikongsikan pihak Astro, ia dilihat mereka sedang mencari sejumlah pelakon untuk melakonkan watak-watak dalam permainan berkenaan.
Iklan berkenaan juga memaparkan yang mana siri berkenaan mungkin dinamakan sebagai “The Rise of Legends”. Ia dilihat, selain Astro, siri web ini juga menerima sokongan daripada pihak penerbit Mobile Legends sendiri, iaitu Moonton.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah siri berkenaan akan diterbitkan. Memandangkan mereka baru sahaja ingin memulakan proses pencarian pelaon, maka kita mungkin melihat ia direalisasikan dalam masa beberapa bulan lagi.