Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang anjuran Infinix, Mamak Lejen 2026, secara rasminya melabuhkan tirai dengan penyertaan sebanyak 195 pasukan yang melibatkan 975 pemain secara keseluruhan.

Penganjuran kejohanan peringkat akar umbi ini menawarkan jumlah hadiah terkumpul sebanyak RM23,800. Selain menarik kehadiran lebih 6,190 penonton secara fizikal di lokasi sepanjang acara berlangsung, kejohanan ini turut mencatatkan sebanyak 2.69 juta tontonan bagi siaran langsung secara dalam talian.

Konsep acara ini membawakan elemen budaya sosial kedai mamak tempatan bagi menggabungkan pertandingan kompetitif dengan pengalaman santai yang dekat dengan budaya belia. Penganjuran ini dijayakan melalui kolaborasi bersama MPL Malaysia selaku Rakan Kejohanan Rasmi.

Ketua Pemasaran Infinix Malaysia, Li Yang menyatakan bahawa pelaburan dalam komuniti akar umbi ini bertujuan untuk menyokong ekosistem esukan tempatan serta menyediakan platform bagi pemain amatur memulakan langkah dalam arena kompetitif.

Infinix melalui peranti Infinix GT 50 Pro merupakan peranti rasmi untuk kejohanan MPL Malaysia 17.

Leave a Reply