Sebelum ini, kami melaporkan bahawa permainan Super Bomberman R hampir mencapai hasil jualan sebanyak 1 juta salinan dan kini, Konami akhirnya mengumumkan bahawa mereka mencapai hasil jualan tersebut.
Bersempena dengannya, Konami mengambil keputusan untuk menyambut kejayaan mereka tersebut dengan melakukan terjun lelabah buat dengan memakai kostum watak Bomberman di sebuah jambatan, di Jepun.
Super Bomberman R merupakan permainan parti yang meletakkan pemain di dalam satu arena untuk bertempur sesama pemain lain dengan meletakkan bom. Ia merupakan siri permainan yang sangat terkenal ketika era SNES dahulu dan kini ia kembali di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.