Skip to main content

Bulan lepas telah kami laporkan di mana Telltale Games bakal melancarkan permainan video The Walking Dead musim terkahir buat Playstation 4, Xbox One dan PC. Kemudian pada acara San Diego Comic-Con beberapa hari yang lepas, mereka telah mengumumkan di mana permainan ini turut akan hadir untuk Nintendo Switch.

Kini, trailer terbaru The Walking Dead musim akhir ini juga turut diperlihatkan oleh Telltale Games yang mempertontonkan video bentuk permainan selama 15 minit melalui saluran YouTube rasmi mereka.

Dari video tersebut, kita dapat lihat sebagai pemain perlu menentukan nasib watak AJ, iaitu kanak-kanak peneman Clementine sama ada beliau perlu menembak zombi atau pun tidak. Video tersebut juga memaparkan pelbagai adegan-adegan mengejutkan yang pasti akan membuat pemain berasa seronok untuk bermainnya.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan kehadirannya secara rasmi permainan The Walking Dead musim akhir ini pada 14 Ogos akan datang.

Leave a Reply