Donut County dibangunkan oleh Ben Esposito secara berseorangan untuk sebahagian besar permainan ini dan diterbitkan oleh Annapurna Interactive. Di dalam permainan ini pemain akan menjadi rakun yang mencuri pelbagai barangan dengan menggunakan lubang.
It’s official. Donut County is coming out August 28 on PS4, Steam, iOS, Mac App Store, and GoG.
Preorder now on PS4!https://t.co/bCLWqaxnFM— Donut County (@donutcounty) July 31, 2018
Permainan tekaria ini akan menggunakan fizik sebagai cabaran untuk pemain terdapat juga penceritaan di sepanjang permainan ini. Minggu ini melalui penulisan di PlayStation Blog dan juga kuciran di akaun Twitter permainan ini diumumkan akan dikeluarkan pada 28 Ogos 2018 untuk PlayStation 4, PC dan juga permua (iOS dan Android).
Di PlayStation 4, pemain yang pra-tempah permainan ini akan mendapat tema khas. Namun, semasa penulisan ini ia tidak disenaraikan lagi di PlayStation Store Malaysia.
Berdasarkan trailer yang diperlihatkan permainan ini nampak menarik dan kami sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya.