Minit untuk Switch pertama kali diumumkan ketika Indie World oleh Nintendo pada Mei lepas. Namun, tiada tarikh pengeluaran yang dinyatakan. Minggu ini akhirnya permainan tersebut disahkan bakal tiba ke Switch pada 9 Ogos 2018.
Di dalam permainan ini, pemain akan diberikan 1 minit ataupun 60 saat untuk menjelajah sebelum mati secara automatik. Disebabkan itu pemain perlu mengetahui mengenai dunia permainan ini dalam jangka masa pendek.
Minit sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada bulan April lepas.