Informasi Permainan Video Terkini
Minit Akan Dikeluarkan Untuk Switch Pada Tahun Ini

Minit Akan Dikeluarkan Untuk Switch Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Mei 15, 2018 oleh .

Permainan pengembaraan Minit oleh Vlambeer dan diterbitkan oleh Devolver Digital sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada April lepas. Permainan ini mendapat pelbagai pujian kerana teknik permainan yang unit.

Pemain akan diberikan 1 minit ataupun 60 saat untuk menjelajah sebelum mati secara automatik. Disebabkan itu pemain perlu mengetahui mengenai dunia permainan ini dalam jangka masa pendek.

Melalui indie world iaitu rancangan terbaru oleh Nintendo Jepun untuk mempromosi permainan indie di Switch, Minit diumumkan untuk Switch dan akan dikeluarkan pada tahun ini.

Permainan ini yang boleh dimainkan secara cepat sangat bersesuaian dengan Switch yang boleh dimainkan secara mudah alih.