Berdasarkan data yang disediakan oleh SteamDB, Steam Spy melalui kuciran di akaun Twitter mereka menyatakan pengguna aktif Steam memperlihatkan penurunan sepanjang tahun 2018.
Ramai yang mengatakan ini disebabkan sekarang adalah musim panas dan ramai yang bercuti. Namun Steam Spy mengatakan penurunan yang diperlihatkan adalah lebih daripada kebiasaan musim panas.
The number of people playing games on Steam and even having Steam running keeps going down since January 2018.
The share of people playing is also decreasing – from 38% to 31%.
Why do you think it is? pic.twitter.com/7wUiVoEq6Q
— Steam Spy (@Steam_Spy) July 31, 2018
Tambah mereka lagi, antara sebab utama penurunan ini adalah berkurangnya pemain untuk PUBG yang masih menjadi permainan paling ramai dimainkan di Steam. Menariknya, jumlah pemain yang membuka Steam sendiri turut memperlihatkan penurunan.
Ramai yang menjangkakan pemain yang sebelum ini hanya mengunakan Steam untuk bermain PUBG beralih ke Fortnite yang mengunakan klien mereka sendiri. Namun, ada juga kemungkinan penuruan ini sementara sahaja.
Apa pendapat anda? Adakah anda masih membuka Steam setiap hari?


