Minggu lepas, Hello Games melancarkan kemaskini terbaru NEXT buat permainan No Man’s Sky yang mana ia merupakan kemaskini terbesar oleh mereka dengan pelbagai kandungan dan fungsi permainan yang baru.
Never thought we'd be here, two years later. NMS is one of the most played games in the world this week on PC, PS4 and XBox, each day has been bigger than the last 🙏
Presumably Joe Danger is just out of shot? pic.twitter.com/TClybbFiWB
— Sean Murray (@NoMansSky) July 27, 2018
Menariknya, bersempena dengan pelancaran kemaskini tersebut, jumlah pemain bagi No Man’s Sky meningkat dengan mendadak dan merupakan antara 10 permainan terbanyak yang dimainkan oleh pemain di konsol dan juga PC. Melalui imej tersebut, ianya memaparkan terdapat lebih dari 60,000 yang bermain pada hujung minggu lepas.
Walaupun imej yang dikongsikan oleh Hello Games memfokuskan senarai pemain di Steam, namun menurut beliau mereka juga mendapat pemain yang tinggi di konsol Playstation 4 dan juga Xbox One.
Sudah pastinya berita ini merupakan berita yang baik bukan sahaja untuk Hello Games, malah pemain-pemain yang menanti untuk bermain No Man’s Sky yang dikembangkan seperti visi asal permainan tersebut. Tambah dengan mod multi-pemain yang kini membenarkan pemain untuk bertemu dengan pemain lain, ianya pasti akan memberi pemain lebih banyak nilai jam bermainnya.
No Man’s Sky merupakan permainan penembak pandang pertama penerokaan alam terbuka. Ia telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 2016 lepas. Minggu lepas juga, Hello Games melancarkan kemaskini terbaru bersama-sama dengan versi Xbox One.