Skip to main content

Vampyr yang dibangunkan oleh DONTNOD dan diterbitkan oleh Focus Home Interactive dikeluarkan pada 5 Jun lepas dan menerima reaksi yang bercampur. Ramai yang memuji keunikan konsep permainan tetapi mengkritik kerana permainan ini mempunyai pelbagai masalah teknikal.

Focus hari ini mengumumkan kemaskini yang akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini selain meningkatkan prestasi permainan ia juga akan menyertakan dua mod kesukaran baharu iaitu mod cerita dan mod sukar.

Mod cerita akan lebih memfokuskan penceritaan dan pertempuran akan dipermudahkan manakala mod sukar akan lebih menyukarkan pertempuran dan juga mengurangkan penerimaan pengalaman.

Kedua mod ini sudah semestinya satu penambahan yang baik, jika anda tidak mempunyai masa yang lama untuk bermain mod cerita akan membantu anda untuk menyelesaikan permainan dalam masa yang lebih singkat.

Manakala mod sukar adalah untuk anda yang merasakan permainan Vampyr tidak mencabar untuk anda. Vampyr sudah dikeluarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC dan sebelum ini diumumkan sudah terjual sebanyak 450 ribu unit dalam masa sebulan.

Leave a Reply