Vampyr Terjual 450 Ribu Unit Selepas Sebulan Dikeluarkan

Vampyr yang dibangunkan oleh DONTNOD dan diterbitkan oleh Focus Home Interactive dikeluarkan pada 5 Jun lepas dan menerima reaksi yang bercampur. Ramai yang memuji keunikan konsep permainan tetapi mengkritik kerana permainan ini mempunyai pelbagai masalah teknikal.

Namun, tampaknya perkara tersebut tidak menghalang daripada pemain untuk membeli permainan tersebut. Pada minggu pertama pengeluaran, permainan ini adalah paling banyak terjual di Perancis, UK, Jerman dan negara-negara lain.

Setakat ini, selepas hampir sebulan dikeluarkan Focus Home Interactive mengumumkan permainan ini sudah terjual lebih 450 ribu unit secara global. Ketua pengawal eksekutif DONTNOD Oskar Guilbert mengatakan beliau sangat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh permainan ini.

Vampyr sudah dilancarkan untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini