Skip to main content

Fortnite boleh dikatakan kini menjadi salah satu permainan yang diperkatakan ramai, dan mempunyai peminatnya tersendiri. Ia ditawarkan secara percuma untuk pelbagai platform, dan kini turut dalam perancangan untuk memperkenalkan ia untuk Android.

Dengan kejayaan permainan berkenaan, kini menurut Bloomberg, syarikat disebalik Fortnite, iaitu Epic Games dikatakan mencapai nilai sebanyak $8 bilion (~RM32 bilion).

Angka keseluruhan nilai syarikat ini bukan berdasarkan kepada Fortnite sahaja, tetapi turut meliputi enjin permainan seperti Unreal Engine dan sebagainya.

Perkara ini semestinya menguntungkan pelbagai pelabur Epic Games, terutamanya Tencent. Sebelum ini, Tencent telah membuat pelaburan untuk pegangan sebanyak 40% pada syarikat Epic Games pada 2012 yang lepas. Ketika itu, Epic Games dinilaikan sekitar $825 juta (~RM3.3 bilion).

Leave a Reply