Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Pro Evolution Soccer 2019 Dipertontonkan – Memperlihatkan Liga Russia
PC

Trailer Terbaru Pro Evolution Soccer 2019 Dipertontonkan – Memperlihatkan Liga Russia

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Perlumbaan untuk mendapatkan lesen terus berlaku antara EA dan Konami bagi permainan simulasi bola sepak mereka. Jika FIFA 19 mengambil lesen Champion League daripada Pro Evolution Soccer (PES), kini tampaknya giliran PES untuk menyertakan Liga Russia yang sebelum ini terdapat di dalam FIFA 18.

Berdasarkan perjanjian, Konami mendapat hak eksklusif untuk liga tersebut akan tetapi  kemungkinan besar kelab-kelab besar Zenit St. Petersburg dan Spartak Moscow akan mempunyai perjanjian berasingan untuk turut hadir di dalam FIFA 19 sebaga “Rest of the Worlds”.

Liga Russia bukanlah satu liga yang popular di kalangan peminat bola sepak dan tidak disertakan di dalam FIFA 19 bukanlah satu kekurangan yang besar untuk EA. Namun, ia tetap satu penambahan yang baik untuk PES.

Bersama liga Russia PES mempunyai 7 liga setakat ini. Liga lain adalah liga Argentina, liga Denmark, liga Portugal, liga Switzerland, liga Scotland dan liga Belgium.

Pro Evolution Soccer 2019 akan dilancarkan pada 30 Ogos 2018 untukPlayStaiton 4, Xbox One dan PC. Demo akan hadir pada 8 Ogos 2018.


TIPS & ULASAN