Dua bulan lepas, Pro Evolution Soccer 2019 (PES 2019) telah pun diumumkan. Ia bakal dilancarkan pada 30 Ogos 2018 kelak. Kini, berita baik buat peminat PES 2019 – demonya akan tersedia untuk dimuat-turun lebih kurang 2 minggu lagi iaitu pada 8 Ogos 2018.

Antara perkara baru yang bakal tiba di PES 2019 adalah MyClub yang dibaik pulih, acara atas-talian dan juga tambahan ganjaran pada mod-mod permainan. Selain itu, 12 kelab profesional termasuk Barcelona, Juventus, FC Schalke, Inter Milan, Liverpool dan banyak lagi akan disertakan.

Demo ini akan tersedia buat Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Pemain turut boleh bermain atas talian bersama rakan. Seperti biasa, kami akan kongsikan laman muat-turun permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak.

Sohor Kini