Permainan seterusnya untuk siri Battlefield iaitu Battlefield V akan disertakan dengan mod pertempuran royale. Mod ini hanya boleh dimainkan untuk pemain yang memiliki permainan Battlefield V.

Ketika temubual bersama pelabur, ketua pengawal kewangan EA Blake Jorgensen mengatakan mereka tidak akan mengasingkan mod tersebut daripada permainan Battlefield V untuk dikeluarkan secara percuma.

Namun, beliau menambah yang mereka berminat untuk membangunkan permainan percuma untuk dimainkan yang mungkin bergenre menembak ataupun genre yang lain tetapi kandungan Battlefield V akan terus kekal di dalam permainan tersebut.

Battlefield V memfokuskan perang dunia kedua. Ia akan dilancarkan pada 19 Oktober 2018 di Playstation 4, Xbox One dan PC

Leave a Reply