Bagi anda yang sering bermain permua pertempuran arena terkenal Arena Of Valor, Garena hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa adiwira wanita terkenal iaitu Wonder Woman bermula 29 Julai ini.

Sebelum ini Arena Of Valor pernah membawa watak Batman sebagai watak tetamu dan kini, watak kempat dari siri komik DC, Wonder Woman bakal beraksi di dalam permua ini.

Melaluinya, pemain berupaya untuk menggunakan watak Wonder Women di dalam permua tersebut dan melakukan pelbagai serangan ikonik beliau seperti serangan Amazon Shield dan kuasa cambuk beliau.

Selain itu, bersempena dengan pelancaran watak Wonder Woman, Garena juga melancarkan QuestMania pada hari yang sama sepanjang minggu sehingga 1 Ogos dimana pemain berupaya untuk mendapatkan watak Wonder Woman tersebut secara percuma dengan menyertai misi-misi harian yang tersedia di QuestMania.

Melaluinya, pemain perlu melakukan sebilangan misi sampingan untuk mengumpul 8 ikon khas untuk membenarkan pemain mendapatkan watak Wonder Woman tersebut secara tetap dan percuma. Bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi QuestMania di sini.

Namun bagi mereka yang tidak ingin berbuat sedemikian, watak Wonder Woman bersama berkas kostum beliau akan dijual bermula 29 Julai sehingga 4 Ogos ini.

Arena of Valor merupakan salah satu permainan berbentuk MOBA, dimana anda akan bermain 5-lawan-5, dan perlu memusnahkan menara pihak lawan. Ia telah pun dilancarkan secara percuma di iOS dan Android.

Sohor Kini