Informasi Permainan Video Terkini
Anda Boleh Tebus Watak Batman Pada AOV Secara Percuma Pada 10 November 2017

Anda Boleh Tebus Watak Batman Pada AOV Secara Percuma Pada 10 November 2017

Diterbitkan pada November 8, 2017 oleh .

Garena kini telah mengumumkan yang mana para pemain AOV boleh menebus watak Batman secara percuma melalui permainan berkenaan bermula 10 November 2017 kelak.

Batman

Untuknya, anda hanya perlu log masuk ke permainan Arena of Valor pada tarikh berkenaan, dan menebus watak Batman untuk dimainkan sehingga bila-bila secara percuma.

Arena of Valor merupakan salah satu permainan berbentuk MOBA, dimana anda akan bermain 5-lawan-5, dan perlu memusnahkan menara pihak lawan.

Bagi anda yang memainkan permainan ini, boleh tandakan kalendar anda 10 November ini dan mendapatkan watak Batman ini secara percuma.