Paladins Versi Percuma Kini Boleh Dimuat-Turun Di Switch

Paladins merupakan permainan tembak-menembak hero yang dikeluarkan secara penuh pada 8 Mei 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC dan boleh dimuat turun secara percuma.

Manakala pada 12 Jun lepas permainan ini dikeluarkan pula untuk Switch, namun perlu membeli Founder’s Pack yang bernilai $29.99 (RM120) jika ingin memuat-turunnya.

Kini, pemain yang ingin bermain ataupun mencuba tidak lagi perlu membeli Founder’s Pack dan boleh dimuat-turun secara percuma akan tetapi versi percuma yang tidak akan disertakan dengan kesemua hero. Untuk mendapatkan kesemua hero yang ada perlu membeli Founder’s Pack sebagai pembelian di dalam permainan.

Versi Switch menyokong fungsi rentas-konsol akan tetapi hanya bersama dengan pemain di Xbox One.

eShop: Paladins

Sohor Kini