Paladins merupakan permainan tembak-menembak hero yang dikeluarkan secara penuh pada 8 Mei 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC. Hari ini Hi-Rez Studios mengumumkan Paladins turut akan tiba untuk Switch bermula 12 Jun 2018.

Permainan ini merupakan percuma untuk dimainkan di platform lain akan tetapi untuk pemain yang ingin mendapatkan permainan ini di Switch perlu membeli Founder’s Pack yang bernilai $29.99 (RM120) jika ingin bermain bermula 12 Jun nanti. Melalui pek ini anda akan mendapat kesemua hero yang ada sekarang dan juga yang akan datang bersama beberapa barangan kosmetik.

Versi percuma yang tidak akan mempunyai kesemua hero akan diumumkan tidak lama lagi. Pesaing permainan ini iaitu Overwatch masih tidak mempunyai perancangan untuk dikeluarkan di Switch, jadi boleh dikatakan Paladins sedikit ke-depan.

Sokongan rentas-konsol terdapat untuk versi Switch akan tetapi hanya bersama dengan Xbox One. PC dan Playstation 4 setakat ini tidak dinyatakan lagi. Untuk pemilik Switch adakah anda akan mendapatkannya ataupun menunggu versi percuma?

Sohor Kini