Informasi Permainan Video Terkini
Disgaea 5 Untuk PC Tertunda Ke Suku Keempat Tahun Ini

Disgaea 5 Untuk PC Tertunda Ke Suku Keempat Tahun Ini

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

NIS America sebelum ini mengumumkan Disgaea 5 untuk PC akan dikeluarkan pada 8 Mei tetapi tertunda ke suku ketiga tahun ini. Walaupun sudah memasuki suku ketiga tidak banyak maklumat lanjut yang dikongsi kan oleh mereka.

Disebabkan itu pemain tertanya-tanya mengenai status permainan ini. Seorang pemain melalui kuciran di akaun Twitter mengajukan soalan kepada NIS America mengenai status permainan ini untuk PC.

Melalui jawapan balas, NIS America mengatakan permainan tersebut kini dijangkakan akan dikeluarkan pada suku keempat tahun ini dan demo hanya akan tiba pada awal Oktober.

Jika anda menantikan permainan ini tiba untuk PC, anda perlu menunggu lebih lama. Disgaea 5 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 pada tahun 2015 manakalan untuk Switch pada tahun lepas.


TIPS & ULASAN