Informasi Permainan Video Terkini
Disgaea 5 Complete Akan Dilancarkan Di Steam Pada 8 Mei Ini
PC

Disgaea 5 Complete Akan Dilancarkan Di Steam Pada 8 Mei Ini

Diterbitkan pada Apr 8, 2018 oleh .

NIS hari ini mengumumkan bahawa permainan strategi RPG terkenal, Disgaea 5 Complete akan tiba buat pengguna PC melalui Steam bermula 8 Mei ini.

Versi PC untuk permainan Disgaea 5 Complete akan menyertakan kandungan yang sama buat versi Nintendo Switch yang mana ia akan menyertakan permainan penuh Disgaea 5: Alliance Of Vengeance dan kandungan pernambahan DLC permainan tersebut.

Selain itu, NIS juga mengumumkan bagi mereka yang berminat untuk mencuba permainan tersebut, beta tertutup permainan tersebut juga dilancarkan dimana anda boleh membuat pendaftarannya di sini.

Bagi anda yang berminat dengan siri permainan Disgaea, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkannya di Steam bermula 8 Mei ini.